Gelombang hijau
Gelombang hijau

Gelombang hijau

Gelombang hijau atau juga tsunami hijau ialah fenomena politik yang berlaku di Malaysia sejak sekitar pilihan raya umum Malaysia 2022.[1][2][3] Fenomena politik ini terutamanya melibatkan pengundi Parti Islam Malaysia (PAS), yang kebanyakannya berasal dari pantai timur konservatif Semenanjung Malaysia. Secara ideologi, fenomena itu berkisar tentang perkembangan gerakan sayap kanan dan nasionalistik yang menyokong penguatan hegemoni Melayu-Islam dalam politik Malaysia.[1][2][3] Fenomena ini pertama kali berlaku semasa kejatuhan United Malay National Organisation (UMNO) mengekalkan majoriti DUN dan kebangkitan semula PAS memperolehi Kelantan pada 22 Oktober 1990 yang dipimpin oleh Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia HajiNik Abdul Aziz Nik Mat.